Selasa, 17 Mac 2015

Dicatat oleh Unknown di 12:16 PTG


SUBHANALLAH!
ALHAMDULILLAH!
ALLAHUAKBAR!

Ya Syakur. Ya Allah.
Segala pujian dipanjatkan kepada ALLAH S.W.T. Kerana dengan izinNYA jua masih lagi bernafas hari ini. Dan masih berkesempatan mengemas kini Blog ini.

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA. Rezeki sentiasa ada, seperti yang dijanjikan oleh ALLAH jua.



Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan."


Telah thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda:


يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس 

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." 
(Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)


Oleh itu yakinlah kita bahawa ALLAH telah menyediakan rezeki untuk kita. Dan tiada sesiapa pun yang dapat mencuri Rezeki kita melainkan dengan kehendak ALLAH jua.

Oklah. Nantikan gambar-gambar kek yang terbaru akan dimuat naik nanti ye.
Assalamualaikum.

~Az-Zaujah Bakery Creations~

0 ulasan on " "

Catat Ulasan

 

Homemade Choice (Az-Zaujah) Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez | Distributed by eFree Blogger Help