Ahad, 1 Jun 2014

Barbie klon Elsa

Dicatat oleh Unknown di 11:07 PTG 0 ulasan
Tempahan kawanku untuk anak saudaranya.. 
Alhamdulillah, The Power Of Sevices
Customer puas hati, Admin pun suka ^_^ 

 Yang ni xtau nak cakap Princess ape.. Asal Kek Barbie pun jadi Alhamdulillah.







Klon Elsa..
Request oleh Anak Dara Admin.. :)






Assorted Flavour

Dicatat oleh Unknown di 10:59 PTG 0 ulasan
Tempahan Kek Pelbagai rasa.


Mini Muffin & Kek Pisang Slice





Lovely Cakes 













The POWER Of SYUKUR

Dicatat oleh Unknown di 5:44 PTG 0 ulasan

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Syukur Ya ALLAH kerna masih mengizinkan hambaMU ini mengisi ruang kosong didalam laman ini.
Syukur juga ku panjatkan padaMU Ya ALLAH kerna masih mengizinkan setiap anggota badan hambaMU ini berfungsi dengan sempurna. Akal fikiranku masih bisa berfikir. Aku masih bisa beribadat menghadapMU, berselawat untuk KekasihMU Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga dengan nikmat yang KAU kurniakan ini bisa aku gunakan untuk memberi manfaat buat semua insan yang memerlukan bantuanku.
Dan semoga aku dipermudahkan untuk menjemput rezekiMU. Dan semoga rezeki yang aku terima dapat dikongsi bersama-sama insan disekelilingku.

Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Sabtu, 8 Mac 2014

KEK COKLAT

Dicatat oleh Unknown di 11:55 PG 0 ulasan
Lamanya tak Upload gambar kek kan.. Nak trace balik satu-satu pun dah xbrape nak ingat..
Soo Hanim upload jer la semua gambar yang dah buat tapi x di'upload' lagi.. Hehehe..


Theme Hello Kitty untuk Anak Sulung Abangku..



Theme Bola Sepak + Chelsea untuk Anak Bujangku



Ni Anak Daraku yang ke-2 sibuk nak bawa g sekolahnye..




Theme Princess untuk Amiera.. Ni mkn2 sendri kat rumah je..



Ni Amiera bawa g Pra-Sekolah masa Jamuan Hujung tahun lepas 2013.



Order dari kawan sekolah lamaku untuk seseorang katanya.. Hehehe..



Ni Faqiha bawa g sekolah agama untuk Jamuan Akhir tahun 2013


[BANYAKNYE SAWANG.. HEHEHEHE..]

Dicatat oleh Unknown di 10:30 PG 0 ulasan
Assalammualaikum W.B.T

Setelah sekian lama Bloq terbiar tanpa di'Update'. Kerinduan yang teramat memang terasa.
Sebenarnya hanim tak pandai sangat nak menyusun kata-kata yang indah buat semua. Tapi sekadar apa yang terlintas difikiran saja.

Hampir setahun langsung tidak mengemas kini Bolq ini. Sawang pun hampir menebal. Mungkin kerna kekangan masa. Padahal masa yang diberikan oleh ALLAH untuk kita semuanya sama je kan. Hehehehe... Jadi semua itu mungkin hanyalah alasan semata.

In Shaa Allah, dengan izin ALLAH jua Hanim terpanggil untuk berkongsi lagi dalam Bloq tercinta ini. Ada satu Quote dari seorang Sahabat Manis Hanim yang sangat terkesan dihati yang Hanim nak kongsikan.


"MARI KITA BELAJAR"

Belajarlah JUJUR, dari orang yang MENDUSTAI kita..


Belajarlah MEMAAFKAN, dari orang yang MENYAKITI kita..


Belajarlah BERTERIMA KASIH, dari orang yang MENGABAIKAN kita..


Belajarlah SETIA, dari orang yang MENGKHIANATI kita..


Belajarlah untuk REDHA, walau ada alasan untuk rasa KECEWA kerana hakikatnya kita hanyalah seorang HAMBA kepada ALLAH YANG MAHA ESA.



 

Homemade Choice (Az-Zaujah) Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez | Distributed by eFree Blogger Help