Selasa, 17 Mac 2015

Tempahan di Awal Tahun 2015

Dicatat oleh Nor Zaida Hanim Cantek di 12:46 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Alhamdulillah. Ya Syakur.
Az-Zaujah Bakery kini menginjak ke Tahun yang ke 5. Terima Kasih buat semua yang terus setia membaca Blog ini. Terima kasih jua buat semua yang pernah menempah kek bersama kami. Segala kelebihan dan kekurangan, kami mohon maaf. Semoga ukhuwah dan perkenalan kita akan terus kukuh dengan izin ALLAH S.W.T jua. In Shaa Allah. :) 

Jom! Layan gambar-gambar kek yang dah lama kami nak muat naik. ;)



Kek Coklat Moist.
Antara best seller daripada Az-Zaujah Bakery. 



Kek Red Velvet + Cream Cheese Frosting.
Kek ni pun antara kek yang banyak permintaannya. Alhamdulillah.



Kek Barbie.
Ni koleksi gambar lama. Dimuat naik kembali. ;)



Kek Butter Cheese.
Buat para penggemar Cheese. 



Kek Carrot + Cream Cheese Frosting.
Kegemaran ramai! Resepi terbaik daripada Az-Zaujah Bakery.



Antara tempahan Mufin, untuk Goodies Bag majlis. Untuk apa jua jenis majlis dan keraian.



Kek Hantaran.



Kek Frozen.
Tema kegemaran kanak-kanak sekarang!
Bukan kanak-kanak je yang suka. Emak2 nye pun yang terlebih 'Excited' nak makan Kek Frozen ni. 
Hiihi..



~Az-Zaujah Bakery Creations~

Segala tempahan untuk pelbagai majlis boleh hubungi :-

Call/SMS/Whatsapp 019-6112894 @ 012-6516304
Dicatat oleh Nor Zaida Hanim Cantek di 12:16 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini


SUBHANALLAH!
ALHAMDULILLAH!
ALLAHUAKBAR!

Ya Syakur. Ya Allah.
Segala pujian dipanjatkan kepada ALLAH S.W.T. Kerana dengan izinNYA jua masih lagi bernafas hari ini. Dan masih berkesempatan mengemas kini Blog ini.

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA. Rezeki sentiasa ada, seperti yang dijanjikan oleh ALLAH jua.



Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan."


Telah thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda:


يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس 

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." 
(Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)


Oleh itu yakinlah kita bahawa ALLAH telah menyediakan rezeki untuk kita. Dan tiada sesiapa pun yang dapat mencuri Rezeki kita melainkan dengan kehendak ALLAH jua.

Oklah. Nantikan gambar-gambar kek yang terbaru akan dimuat naik nanti ye.
Assalamualaikum.

~Az-Zaujah Bakery Creations~

Ahad, 1 Jun 2014

Barbie klon Elsa

Dicatat oleh Nor Zaida Hanim Cantek di 11:07 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Tempahan kawanku untuk anak saudaranya.. 
Alhamdulillah, The Power Of Sevices
Customer puas hati, Admin pun suka ^_^ 

 Yang ni xtau nak cakap Princess ape.. Asal Kek Barbie pun jadi Alhamdulillah.







Klon Elsa..
Request oleh Anak Dara Admin.. :)






Assorted Flavour

Dicatat oleh Nor Zaida Hanim Cantek di 10:59 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Tempahan Kek Pelbagai rasa.


Mini Muffin & Kek Pisang Slice





Lovely Cakes 













The POWER Of SYUKUR

Dicatat oleh Nor Zaida Hanim Cantek di 5:44 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Syukur Ya ALLAH kerna masih mengizinkan hambaMU ini mengisi ruang kosong didalam laman ini.
Syukur juga ku panjatkan padaMU Ya ALLAH kerna masih mengizinkan setiap anggota badan hambaMU ini berfungsi dengan sempurna. Akal fikiranku masih bisa berfikir. Aku masih bisa beribadat menghadapMU, berselawat untuk KekasihMU Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga dengan nikmat yang KAU kurniakan ini bisa aku gunakan untuk memberi manfaat buat semua insan yang memerlukan bantuanku.
Dan semoga aku dipermudahkan untuk menjemput rezekiMU. Dan semoga rezeki yang aku terima dapat dikongsi bersama-sama insan disekelilingku.

Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

 

Homemade Choice (Az-Zaujah) Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez | Distributed by eFree Blogger Help